Inara Rusli Mahu Tuntut Royalti Lagu ‘Surat Cinta Buat Starla’, Dakwa Ia Dicipta Untuk Dirinya

Entertainment
12 Aug 2023 • 3:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdahulu, Inara Rusli memaklumkan dia terpaksa membuka purdah untuk mencari rezeki buat dia dan anak-anak selepas tidak lagi bersama pasangannga, Virgoun. Virgoun didakwa curang bersama wanita lain dan perkara ini didedahkan oleh Inara sendiri.

Terbaharu, Inara dilaporkan mahu melakukan tuntuan royalti terhadap beberapa buah lagu yang dicipta oleh bekas suaminya.

image is not available

Peguam yang yang mewakili Inara, Arjana Bagaskara berkata, tunutan itu dibuat kerana ia termasuk dalam harta sepencarian. Di samping itu, lagu tersebut dicipta selepas mereka bergelar suami isteri.

“Kalau royalti kan masuk harta bersama, jadi kena tunggu keputusan hakim,” katanya ketika ditemui di Studio Pengadilan Agama Jakarta Barat, pada Rabu lalu.

Inara menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu menuntut sebahagian yang dikatakan sebagai harta sepencarian. Untuk rekod, terdapat tiga buah lagu yang akan dituntut, antaranya ialah Surat Cinta untuk Starla.

Arjana menjelaskan bahawa tuntutan royalti yang akan diterima oleh Inara ialah 50 peratus daripada ketiga-tiga lagu itu.

Kredit: Detik

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.