Anak Sulung Tahu Mengenai Konflik Rumah Tangga Antara Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Melalui YouTube 

7 Mar 2023 • 4:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Puteri Sarah mendedahkan anak lelakinya, Syaikhul Islam, mengetahui tentang konflik rumah tangga yang melanda dirinya dan Syamsul. - Gambar Instagram

Puteri Sarah Liyana mendedahkan anak lelakinya, Syaikhul Islam, 6, telah pun mengetahui tentang konflik rumah tangga yang melanda dirinya dan Syamsul Yusof.

"Dia dengar daripada YouTube sebenarnya. Tetapi dia tak tanya terus dengan Sarah.

"Syaikhul sendiri cakap dengan datuknya (bapa Syamsul) bahawa dia sudah tahu apa yang sedang berlaku dalam keluarga. 

"Jadi Datuk (Yusof Haslam) dan Datin (Patimah) telah terangkan kepadanya segala-galanya. Walau apa pun yang terjadi, mereka akan tetap menyayangi Syaikhul dan dia tidak perlu risau dengan perkara ini.

image is not available
Puteri Sarah (kiri) dan Syamsul Yusof hadir ke mahkamah syariah hari ini bagi sebutan kes penceraian. - Gambar Bernama

"Saya bersyukur kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang sangat baik," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hadir ke mahkamah syariah hari ini  bagi sebutan kes penceraian. Namun Syamsul enggan menceraikannya dan mahkamah meminta mereka untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu. 

Puteri Sarah juga mendedahkan bahawa dia telah dipukul oleh Syamsul pada tiga tahun lalu yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dengan bantuan ibu mentuanya. - Getaran, 7 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved