Anak syarikat Hextar Capital raih subkontrak RM97 juta bina asrama pelajar UMK

Business & Finance
11 Jul 2024 • 2:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat Hextar Capital raih subkontrak RM97 juta bina asrama pelajar UMK

herman

11/07/2024 - 14:30

KUALA LUMPUR 11 Julai - Anak syarikat milik penuh Hextar Capital Bhd, T&J Engineering Sdn Bhd telah menerima kontrak daripada Landasan Kapital (M) Sdn Bhd bernilai RM97.04 juta untuk pembinaan asrama mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan tersebut menyatakan Landasan Kapital melantik T&J Engineering sebagai subkontraktor projek berkenaan bermula pada 15 April 2024 dan dijangka siap pada 14 Ogos 2026.

"Sebagai subkontraktor, Hextar akan membekalkan bahan, buruh, alat dan peralatan untuk pelaksanaan kerja-kerja kejuruteraan awam dan struktur, senibina dan mekanikal bagi membina asrama pelajar UMK.

image is not available
Anak syarikat Hextar Capital dilantik subkontraktor pembinaan asrama pelajar UMK Bachok. -Gambar hiasan UMK

"Kerja-kerja awal termasuk kerja-kerja pengeboran pancang, pembinaan Blok 1, Blok 2, Blok 3, Blok 4, Blok 5, Blok 6, Blok 7 dan Blok 8, penginapan pentadbir, kerja-kerja luaran dan kerja-kerja perlindungan alam sekitar," katanya.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa LOA ini tidak akan mempengaruhi modal saham yang dikeluarkan dan struktur pemilikan saham syarikat, dan dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih dalam tempoh kontrak tersebut. - DagangNews.com