Anak syarikat Perdana Petroleum disaman RM6.7 juta kerana tamatkan kontrak perkhidmatan satelit

LocalBusiness & Finance
25 Apr 2025 • 9:54 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat Perdana Petroleum disaman RM6.7 juta kerana tamatkan kontrak perkhidmatan satelit

image is not available

25/04/2025 - 09:54

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 25 April - Anak syarikat Perdana Petroleum, Intra Oil Services Bhd (IOS), disaman oleh Azsat Global Sdn Bhd yang menuntut RM6.7 juta, selepas IOS menamatkan kontrak perkhidmatan internet satelit untuk kapal-kapalnya.

Perdana Petroleum berkata, IOS menerima penyata tuntutan daripada Azsat, kelmarin.

"Azsat menuntut ganti rugi am kira-kira RM6.7 juta serta faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh saman dikeluarkan sehingga bayaran penuh diselesaikan," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

IOS merupakan satu daripada enam pihak yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut.

Azsat mendakwa, IOS berkomplot dengan tiga pihak lain sehingga menyebabkan kontrak ditamatkan dan kerugian berlaku.

Pihak Perdana Petroleum menafikan sebarang unsur konspirasi dan memaklumkan syarikat telah melantik peguam untuk menyediakan pembelaan dan mempertahankan diri dalam kes tersebut. - DagangNews.com

standard