Anak syarikat UUE Holdings raih kontrak pasang kabel bawah tanah bernilai RM26.93 juta

Business & Finance
15 Jul 2024 • 2:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat UUE Holdings raih kontrak pasang kabel bawah tanah bernilai RM26.93 juta

herman

15/07/2024 - 14:15

KUALA LUMPUR 15 Julai - Anak syarikat penuh milik UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd, telah memenangi dua kontrak untuk pemasangan kabel bawah tanah dan aksesori yang keseluruhannya bernilai RM26.93 juta.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, kumpulan tersebut menyatakan kontrak-kontrak tersebut dianugerahkan oleh Komasi Engineering Sdn Bhd dan Sutera Utama Sdn Bhd masing-masing untuk pemasangan, pengujian dan penyelarasan kabel bawah tanah aluminium XLPE 11kV dan aksesori untuk pembangunan aset (Zon Utara), bahagian rangkaian pengagihan, Tenaga Nasional Bhd.

Kedua-dua kontrak ini mempunyai tempoh 730 hari dari tarikh permulaan dengan pilihan untuk dilanjutkan selama 365 hari lagi.

"Tarikh permulaan projek akan dimaklumkan kemudian oleh Komasi Engineering dan Sutera Utama," katanya hari ini.

Menurut UUE, kontrak ini dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan bersih setiap saham dan aset bersih setiap saham syarikat sepanjang tempoh kontrak," kata kenyataan itu.

"LOA tersebut tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham yang dikeluarkan dan struktur pemilikan saham syarikat," jelasnya. - DagangNews.com