Anak syarikat Varia peroleh subkontrak pembinaan di UPSI bernilai RM61.45 juta

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2024 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat Varia peroleh subkontrak pembinaan di UPSI bernilai RM61.45 juta

herman

14/08/2024 - 14:20

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Varia Bhd memperoleh subkontrak kerja-kerja pembinaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim bernilai RM61.45 juta.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Varia berkata, anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd telah menerima surat anugerah pada 14 Ogos 2024 daripada Kemuncak Pesaka Sdn Bhd.

Katanya, projek tersebut adalah “Cadangan Mereka Bentuk, Membina, Menyiapkan, Menguji dan Mentauliah Pembinaan Asrama Pelajar, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, Pusat Kemahiran Bahasa, Ruang-Ruang Sokongan dan Infrastruktur Luaran, serta Kerja-Kerja berkaitan dengannya di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI, Tanjung Malim, Perak.

"Jumlah keseluruhan kontrak ialah RM61.45 juta yang melibatkan tempoh 31 bulan dari tarikh pelaksanakaan pada 19 Ogos 2024 sehingga tarikh siap 31 Mac 2027," katanya hari ini.

Varia berkata, pekerjaan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan untuk tempoh kewangan yang berkaitan.

"Tiada Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam Kontrak, selain daripada jawatan pengarah biasa Datuk Wira Roslan Ab Rahman dalam Varia dan Kemuncak Pesaka Sdn. Bhd dan beliau tidak mempunyai kepentingan, langsung atau tidak langsung dalam Varia dan Kemuncak Pesaka Sdn Bhd," jelasnya. - DagangNews.com