Anak Syarikat Zetrix AI Akan Disenaraikan Di Bursa NASDAQ Setelah Menerima Pelaburan $40 Juta

Business & FinanceStartup
25 Feb 2026 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Zetrix AI, sebelum ini dikenali sebagai MyEG, syarikat pembangun perkhidmatan digital awam tempatan baru-baru ini dilaporkan telah menerima pelaburan sebanyak $40 juta (~RM155 juta) daripada International Finance Corp, sebuah syarikat pelaburan dibawah Bank Dunia (World Bank) dan dilaporkan akan menyenaraikan bahagian pembangunan teknologi kecerdasan buatan mereka di bursa NASDAQ kelak.

image is not available

Bahagian AI ini dinamakan AI Foundation Lab dan setelah menerima pelaburan dan disenaraikan di bursa tersebut, ia akan bertanggungjawab untuk membangunkan lebih banyak infrastruktur digital awam di pelbagai negara di Malaysia, sekitar rantau Asia Tenggara dan banyak lagi pasaran-pasaran membangun yang lain.

Menurut TS Wong, Pengarah Urusan Zetrix AI, AI Foundation Lab akan membuka pejabat di Amerika Syarikat untuk membolehkannya disenaraikan di bursa NASDAQ, dan menjangkakan bahawa penyenaraiannya sebagai sebuah syarikat awam akan dimuktamadkan menjelang penghujung tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved