NVIDIA Akan Melaburkan $30 Bilion Kepada OpenAI Tidak Lama Lagi

TechnologyBusiness & Finance
20 Feb 2026 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Syarikat pembangun teknologi kecerdasan buatan OpenAI dan syarikat pengeluar komponen merupakan rakan kerjasama, dimana OpenAI banyak membeli dan menggunakan komponen-komponen pemprosesan AI NVIDIA.

image is not available

Pada tahun lepas, satu perjanjian telah dimeterai untuk NVIDIA membuat pelaburan jangka masa panjang terhadap OpenAI yang bernilai $100 bilion. Terkini, OpenAI telah membuka pusingan pelaburan baru untuk mendapatkan $100 bilion, dan menurut beberapa laporan, NVIDIA dan OpenAI telah bersetuju untuk menukar perjanjian pelaburan sedia ada kepada pelaburan baru.

Dibawah pelaburan baru ini, NVIDIA akan melaburkan sebanyak $30 bilion kepada OpenAI secara sekaligus, dimana kebanyakan daripada pelaburan tersebut adalah untuk pembangunan infrastruktur OpenAI, yang termasuklah pembangunan projek Stargate yang merupakan projek infrastruktur AI terbesar di dunia setakat ini.