Anak Tak Kenal Sebab Terpisah Sejak Usia 3 Bulan, Ramai Sedih Lihat Perkongsian Azizulhasni di TikTok

Entertainment
15 Aug 2024 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Demi negara yang tercinta, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah banyak berkorban termasuklah terpisah dengan keluarga demi menjalani latihan dan menyertai pelbagai kejohanan dunia.

Namun setelah Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir, sudah tibalah masanya dia bertemu dengan keluarga setelah terpisah selama empat bulan lamanya.

Momen ini dikongsikan Azizulhasni di TikTok, di mana dia dilihat bertemu dengan keempat-empat orang anak perempuannya secara mengejut.

Kesemua anak-anaknya meluahkan rasa gembira bercampur sedih dapat bertemu semula dengan Azizulhasni setelah lama terpisah.

Namun apa yang membuatkan netizen sebak apabila anak bongsu yang masih lagi bayi seakan tidak kenal dengan Azizulhasni kerana tidak bertemu dengan bapanya sejak usia 3 bulan.

Yang paling sedih apabila anak yang masih bayi tak kenal Abi langsung. Berjauhan sejak dia berusia 3 bulan. Umi baru habis pantang tatkala itu. #DemiMalaysiaku,” tulisnya.

“Usahlah menjadi tamak, mahukan Azizulhasni masuk Olimpik seterusnya”

Video yang dikongsikan ternyata membuatkan netizen sedih melihat reaksi keluarga Azizulhasni yang sangat merinduinya dan rata-rata merasakan keputusan untuk bersara itu adalah yang terbaik buat atlet ini dan keluarganya.

Semoga Azizulhasni berbahagia di samping keluarga. Anak-anak mesti rindu sangat dengan dia tu.

Sumber: TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.