Anak tak minat? Jangan paksa masuk asrama, MRSM! Boleh jejas emosi – Asyraf Wajdi

LocalFamily & Parenting
23 Jun 2026 • 9:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu bapa diingatkan supaya tidak memaksa anak-anak memasuki sekolah berasrama termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekiranya mereka tidak berminat kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap emosi dan perkembangan diri pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan menghantar anak ke sekolah berasrama perlu mengambil kira minat dan kesediaan mereka, bukannya semata-mata kehendak ibu bapa.

“Jangan paksa jika anak tidak minat masuk sekolah asrama termasuk MRSM.
“Boleh jejas emosi anak, cetus sikap memberontak hingga terbawa-bawa kepada perlakuan tidak wajar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Image from: Anak tak minat? Jangan paksa masuk asrama, MRSM! Boleh jejas emosi – Asyraf Wajdi

Beliau berkata demikian susulan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai kecenderungan sesetengah ibu bapa yang terlalu menitikberatkan kemasukan anak ke sekolah berasrama tanpa mengambil kira keinginan mereka.

Image from: Anak tak minat? Jangan paksa masuk asrama, MRSM! Boleh jejas emosi – Asyraf Wajdi Image from: Anak tak minat? Jangan paksa masuk asrama, MRSM! Boleh jejas emosi – Asyraf Wajdi Image from: Anak tak minat? Jangan paksa masuk asrama, MRSM! Boleh jejas emosi – Asyraf Wajdi Image from: Anak tak minat? Jangan paksa masuk asrama, MRSM! Boleh jejas emosi – Asyraf Wajdi

Meninjau di ruangan komen, pandangan itu turut mendapat perhatian warga maya yang berpendapat sokongan emosi dan kesediaan mental anak perlu diberi keutamaan.

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved