'Jangan paksa jika anak tak minat masuk sekolah asrama termasuk MRSM' - Asyraf Wajdi

Family & Parenting
23 Jun 2026 • 7:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jangan paksa jika anak tak minat masuk sekolah asrama termasuk MRSM' -  Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memaksa anak-anak yang tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MSRM).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut dibimbangi menjejaskan emosi anak-anak sehingga mungkin membawa kepada perbuatan negatif.

"Jangan paksa jika anak tidak minat masuk sekolah asrama termasuk MRSM.

"Boleh jejas emosi anak, cetus sikap memberontak hingga terbawa-bawa kepada perlakuan tidak wajar," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan konteks kepada kenyataan tersebut, namun ia menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya khususnya ibu bapa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved