Anak tak selesa, Beego kongsi video lama tanpa tudung -“Kenapa daddy ‘expose’?”

LocalFamily & Parenting
24 Aug 2025 • 2:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Beego menerima teguran manja daripada anak sulungnya, Jelita Clarissa selepas didakwa memuat naik video lama di TikTok yang merakamkannya tanpa tudung.

Anak sulung tak selesa video dirinya tanpa tudung didedahkan

Menerusi komen yang ditinggalkan Jelita yang kini berusia 11 tahun itu di TikTok, dia meluahkan rasa tidak selesa apabila bapanya berkongsi semula rakaman itu.

“Daddy! Jelita tak pakai tudung la, kenapa daddy expose sekarang? Itu kan video dulu,” tulisnya.

image is not available

Beego minta maaf kongsi video anak tanpa tudung

Menyedari perkara tersebut, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, segera memohon maaf dan memberikan kata-kata semangat buat anak perempuannya itu.

“Sorry, ini video baru juga. Jelita baru je pakai tudung bukan? Jelita pakai tudung dan terus istiqamah okay. Semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmat-Nya. Sayang awak selalu,” balasnya.

image is not available

Mahu beritahu anak-anak tak trauma pun seperti didakwa

Video tersebut sebenarnya merakamkan Beego bersama tiga anaknya menikmati ais krim di sebuah pusat beli-belah. Dalam masa sama, aktor itu menepis dakwaan kononnya anak-anak mereka mengalami trauma akibat konflik rumah tangga yang pernah berlaku.

“Anak-anak happy je keluar dengan daddy. Tak ada pun trauma,” katanya.

image is not available

Untuk rekod, isterinya yang juga pelakon Linda Hashim, 41, mendakwa tidak pulang ke rumah sejak sembilan bulan lalu kerana bimbang dikasari selain anak-anak dikatakan trauma.

Linda sebelum ini memfailkan cerai pada Januari lalu selepas tiada persefahaman, malah pasangan itu juga pernah berpisah talak satu pada Mac 2023 sebelum rujuk semula tidak lama kemudian.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Sumber; TikTok beego1980