Anak tanpa dokumen tidak akan terpinggir, KPM sedia pinda peraturan -Fadhlina

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 2:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan komitmen untuk memastikan anak-anak tanpa dokumen mendapat peluang pendidikan lebih baik tanpa terpinggir.

image is not available

Pendidikan penting termasuklah kepada anak-anak tanpa dokumen

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa peraturan telah dikenal pasti untuk dipinda bagi memudahkan proses kemasukan mereka ke sekolah.

“Soal pendidikan anak tanpa dokumen ini memang menjadi perhatian kita. Khususnya apabila ada keperluan supaya anak-anak ini dapat dikenal pasti daripada beberapa aspek.
“Apabila seorang daripada ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia atau dilahirkan di negara ini, jadi semua dokumen dan pengenalan diri perlu merentasi beberapa agensi untuk dapatkan pengesahan.
“Tetapi dalam masa sama, kita sudah mengenalpasti ada beberapa peraturan kita yang mesti dipinda dan dilihat sebagai progresif untuk melihat bagaimana kita boleh terus membantu anak-anak ini,” ujarnya.

image is not available

Bantu anak-anak tanpa dokumen bersekolah

Beliau berkata, KPM kini melaksanakan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Kota Kinabalu, Sabah khusus untuk membantu anak-anak tanpa dokumen bersekolah secara rasmi, dan usaha itu akan diperluas ke kawasan lain termasuk Belaga, Sarawak.

Dalam masa sama, Fadhlina turut berkongsi keberhasilan Program Anak Kita yang berjaya membantu 15,543 murid keluar daripada kelas pemulihan sehingga Jun lalu, selain pencapaian positif Program Pecutan SPM 2024 dengan kadar kelulusan 89 peratus.

image is not available

Menurutnya lagi, program intervensi kohort SPM 2025 yang memberi manfaat kepada 20,000 murid melalui tablet dan akses data internet turut menunjukkan kadar kehadiran tinggi iaitu 99 peratus.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasiruddin Parzi)