
Isu antara Anna Jobling dengan ibunya nampaknya masih belum reda. Sebelum ini, Ohmedia ada melaporkan tentang pendedahan ibu Anna yang mendakwa menerima surat peguam daripada anaknya sendiri yang mahu memutuskan hubungan ibu dan anak.
Namun, di sebalik cerita sebelah pihak itu, kini muncul pula seorang individu yang mengaku sebagai sepupu kepada Anna dengan berani menulis komen panjang di media sosial.
Komen yang mendedahkan sisi berbeza konflik ini kemudian ditularkan semula di Threads sehingga mengundang pelbagai reaksi.
Individu dakwa ibu Anna sengaja aibkan anak

Dalam komen yang tersebar, individu berkenaan menegur keras tindakan ibu Anna yang didakwa rancak membuka aib anak sendiri di media sosial.
Dia turut meminta ibu Anna berhenti menindas dan menganiaya anaknya. Malah, dia meminta ibu Anna memuat naik bukti yang digunakan di mahkamah sehingga melayakkannya menerima injunksi.

Dakwa individu ini lagi, sebagai orang terdekat dia berasa terpanggil untuk mempertahankan Anna yang hanya mampu berdiam diri.
Pendedahan mengejutkan
Dakwanya, Anna sudah menjaga ibunya dengan baik apabila memberikan wang poket hampir RM10,000 sebulan termasuk rumah.
Namun, dakwanya lagi jasa Anna seolah-olah tidak dihargai apabila ibu Anna kerap memukulnya. Tambahnya, tindakan ibu Anna yang terlalu kerap mengeluarkan kenyataan terbuka akan hanya memakan diri sendiri dan merosakkan hubungan kekeluargaan.
Pssttt! Sebaiknya hal keluarga diselesaikan secara tertutup, apabila sudah tersebar ke media sosial. Banyak pula spekulasi yang timbul.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


