Anak Tiara Jacquelina & Arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Selamat Diijabkabulkan

Entertainment
8 Aug 2025 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Begitu pantas masa berlalu… Anak kepada pelakon dan penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Hani Karmila telah selamat diijabkabulkan pada Khamis dengan jejaka pilihan hatinya, Abang Saef Hud.

Difahamkan majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan bersederhana namun meriah di sebuah premis acara dekat The Mines, Seri Kembangan pada Khamis.

Momen bermakna ini juga telah disaksikan oleh seluruh kaum keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai, malah foto hari bahagia itu juga dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.

Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Hani Karmila melangsungkan majlis pernikahan.

“Hani Karmila yang menggunakan nama komersial Mila Mohsin memilih @khirkhalid untuk merias wajahnya serta persalinan renda oleh @afiqmofficial,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EH! (@ehmalaysia)

Dalam perkongsian video itu, kelihatan Hani Karmila atau lebih mesra dipanggil Mila anggun berbusana putih dengan Tiara dilihat bergambar bersama dengan anaknya ketika Mila ditatarias.

Malah terdapat juga foto memaparkan momen Mila bersama suami selepas mereka selesai diijabkabulkan.

image is not available

image is not available

Sebagai info, Mila merupakan anak sulung kepada Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin yang meninggal dunia pada 2006.

Mila juga yang mengikut jejak langkah ibu bapanya dalam dunia seni kini mula bergiat aktif dalam dunia lakonan dan terkini membintangi filem Laknat yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Selamat pengantin baru Mila dan pasangan!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.