“Anak Yang Bercerita, ‘Bersayang Love You Too’ Bagai” – Bekas Isteri Dakwa Faisal Halim Berlaku Curang

LocalFootball
1 Dec 2025 • 10:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas isteri pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story, beberapa hari selepas tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan tular di akaunnya.

Melalui Instagram miliknya, Nur Syazwani Mizuana Shahril meluahkan rasa kesal apabila masyarakat didakwa menunding jari terhadapnya susulan keruntuhan rumah tangga mereka.

Advertisement

View this post on Instagram

Nak sembunyi-sembunyi tapi buat kerja tak clean… Anak yang bercerita, bersayang-sayang ‘love you too’ bagai. Masih nak nafikan lagi? Orang tunding aku yang salah.

Dalam hantaran lain, Syazwani menjelaskan dia jarang berkongsi emosi di media sosial, namun kali ini terpaksa bersuara kerana merasa dihina, difitnah dan dituduh bukan-bukan.

Selagi orang tak sentuh hidup aku, aku tenang. Tapi sampai bila aku nak diam dan biar orang hina aku? Tak ada orang nak ke depan pertahankan maruah aku selain diri aku sendiri. Bila berkaitan dengan anak aku, aku memang tak boleh.

Syazwani turut menyindir individu tertentu dipercayai merujuk seseorang yang rapat  kerana tidak pernah tampil mempertahankannya.

image is not available

Kau pun tak pernah ke depan pertahankan maruah aku, sedangkan kau lebih tahu segala-galanya… Kau boleh cerita pasal aku dekat sesiapa nak nampak diri kau betul, tapi kau kena ingat Allah tak pernah tidur.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa Syazwani memuat naik kapsyen “curang itu pilihan bukan kebetulan” sejurus selepas dia dan Faisal sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

image is not availableimage is not available

Untuk rekod, Syazwani memfailkan permohonan cerai pada 2 September, namun pasangan itu kemudian memuat naik foto bersama seakan memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih.

Mereka berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-10 10:22:36

“Patutlah Layan Aku Macam Sampah” – Status Isteri Faisal Halim Undang Perhatian Ramai

The post “Anak Yang Bercerita, ‘Bersayang Love You Too’ Bagai” – Bekas Isteri Dakwa Faisal Halim Berlaku Curang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.