Orang ketiga? Bekas isteri Faisal Halim luah kecewa -“Anak cerita bersayang, love you too bagai..”

LocalFootball
30 Nov 2025 • 4:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri kepada pemain bola sepak negara, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril, sekali lagi menarik perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang yang didakwa menyembunyikan sesuatu.

Menerusi hantaran tersebut, Nur Syazwani berkata individu berkenaan cuba menutup perkara sebenar namun perbuatan itu akhirnya diketahui anaknya.

“Nak sembunyi-sembunyi tapi buat kerja tak clean, anak yang bercerita, ‘bersayang-sayang’, ‘love you too’ bagai.
“Masih nak menafikan lagi? Orang tuding aku yang salah dan tak betul,”luahnya dengan nada kecewa.

image is not available

Bekas isteri Faisal Halim luah kecewa

Dalam satu hantaran lain, beliau menegaskan dirinya terpaksa bersuara demi mempertahankan maruah serta menepis fitnah yang didakwa dilemparkan terhadapnya.

“Selagi orang tak sentuh aku, aku memang akan tenang sahaja.
“Tapi sampai bila aku nak diam dan biar orang hina, fitnah dan tuduh aku yang bukan-bukan?
“Tak ada orang yang nak ke depan untuk pertahankan maruah aku pun melainkan diri sendiri. Bila berkaitan dengan anak aku memang tak boleh,”luahnya lagi.

image is not available

Artikel lain: ‘Patut la layan aku macam sampah’ – Luahan isteri Faisal Halim tuju pada siapa?

Terdahulu, Nur Syazwani dan Faisal sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Talak pertama dilafazkan pada 11 Jun lalu sebelum pasangan itu kembali rujuk pada hari sama, manakala lafaz kedua dibuat pada 10 November.

image is not available

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

Sumber: IG nrsyxzwnyy