Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Jihan Berjaya Raih Ijazah Kelas Pertama Dalam Sarjana Muda Bidang Tekstil

Entertainment
12 Jul 2025 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Jihan Athiyatullah dilaporkan telah berjaya menamatkan pengajian di University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom dalam bidang Tekstil baru-baru ini.

Lebih membanggakan lagi apabila Tengku Jihan juga berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Sarjana Muda (Kepujian) Bidang Tekstil di universiti tersebut.

Kejayaan itu telah dikongsikan menerusi Facebook Kesultanan Pahang.

image is not available

Warga Majlis Kesultanan Pahang juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tengku Puteri Jihan atas kejayaan tersebut.

Bidang tekstil yang melibatkan elemen seni, reka bentuk, warisan dan inovasi merupakan cabang ilmu yang semakin penting dalam memperkaya budaya serta memartabatkan identiti bangsa,” – Majlis Kesultanan Pahang

Difahamkan, anakanda Sultan Terengganu iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin turut memperoleh Sarjana dalam bidang sama (Tekstil).

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.