“Anakku Fatima, Papa Amat Merindukan Kamu” – Fattah Amin

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Fattah Amin hari ini mencuri tumpuan warga maya terutamanya peminat apabila dia ada memuat naik satu hantaran Instagram Story berbaur kerinduan terhadap anaknya, Fatima Aisya.

Dalam hantaran tersebut, Fattah memuat naik momen Fatima sedang gembira bermain belon buih dengan kapsyen hiba.

Saya fikir akan kamu sepanjang hari dan waktu malam terasa sangat sukar kerana kamu tiada di sini. Anakku, saya amat merindui kamu.

Terdahulu, Fattah Amin dan bekas isteri, Nur Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober 2024.

Difahamkan, Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah pada 13 September tahun yang sama.

Kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian kedua-duanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

Masdo Anggap Nyanyian Fazura Beri Kesan Kepada Industri Muzik Tempatan- "Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga"