
BERLIN: Seorang wanita menemui seekor anakonda sepanjang lebih dua meter di tebing Sungai Danube, Lower Bavaria yang kemudian disahkan sebagai ular pembelit yang berasal dari Amerika Selatan, jauh dari habitat asalnya.
Wanita berusia 66 tahun itu menyedari dengan bahawa ia bukannya spesies tempatan.
“Ia adalah ular yang lebih panjang berbanding jenis yang biasa ada di sini,” katanya kepada pihak polis.
Ular rumput dan ular Aesculapian merupakan pemandangan biasa di wilayah berkenaan. Spesies tidak berbisa ini juga boleh membesar sehingga saiz yang agak panjang, dengan ular Aesculapian mampu mencapai panjang hampir dua meter.
Pihak polis dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan diiringi oleh seorang pakar reptilia yang dengan pantas mengenalpasti haiwan berkenaan sebagai seekor anakonda, baru-baru ini,.
Reptilia itu merupakan spesies ular pembelit bersaiz besar yang berasal dari Amerika Selatan.
Haiwan tersebut dipercayai telah dipelihara dalam kurungan untuk satu tempoh yang agak lama dan tidak melawan semasa ditangkap.
Pemilikan anakonda di Bavaria hanya dibenarkan di bawah syarat-syarat yang amat ketat.
Ular pembelit bersaiz besar dikategorikan sebagai haiwan liar yang berbahaya di bawah undang-undang negeri Bavaria.
Ular anakonda boleh membesar sehingga sembilan meter panjang dan mempunyai berat mencecah 200 kilogram.
Spesies yang lebih kecil biasanya menjadikan burung sebagai makanan utama yang kekal menjadi mangsa asas bagi ular jantan sepanjang hayatnya.
Anakonda membunuh mangsanya dengan cara membelit hingga lemas sebelum menelannya. – AGENSI
The post Anakonda dua meter ditemukan pejalan kaki di tebing sungai Jerman appeared first on Utusan Malaysia.

