Analisis tidak jejaskan sokongan kepada PH – Aminuddin

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 10:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Analisis tidak jejaskan sokongan kepada PH – Aminuddin

SEREMBAN: Analisis yang dibuat oleh pelbagai pihak berhubung ramalan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali hanyalah bersifat spekulasi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sampel kajian juga tidak melibatkan jumlah responden yang besar sehingga boleh menjadi indikator tahap sokongan semasa.

Beliau berkata, analisis yang tular dalam media sosial sejak semalam tidak menjejaskan kempen di saat akhir gabungan parti itu.

“Kami yakin akan melepasi 19 kerusi. Insya-Allah akan melepasi 19 kerusi dan saya yakin sehingga saat akhir malam tadi saya semak di semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik.

“Jentera tak berasa down walaupun macam-macam spekulasi. Itu biasalah. Analisis mereka hanya di atas meja, tidak turun ke bawah,” katanya selepas mengundi di saluran dua di Pusat Mengundi Institut Perguruan Raja Melewar di Sikamat, di sini, pagi ini.

Semalam, Ilham Centre menerusi kajian pilihan raya yang diumumkan mendapati kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi menguasai 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Pusat kajian itu pula meramalkan PH memenangi sekurang-kurangnya sembilan kerusi.

Bagaimanapun, terdapat lima kerusi yang sukar diramal iaitu Chennah, Linggi, Nilai, Repah dan Temiang. – UTUSAN

The post Analisis tidak jejaskan sokongan kepada PH – Aminuddin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved