PRN Negeri Sembilan: BN Dahului Di 18 Kerusi, Tok Min Ketinggalan Di Linggi

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PRN Negeri Sembilan: BN Dahului Di 18 Kerusi, Tok Min Ketinggalan Di Linggi

SEREMBAN - Saingan sengit antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus mendominasi Pulihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 

Berdasarkan kedudukan terkini yang dipaparkan menerusi portal myundi.com.my setakat jam 7.30 malam ini, BN sedang mendahului di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH berada di hadapan di 11 kerusi DUN.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) yang menjadi pencabar kepada gabungan BN-PH dalam PRN Negeri Sembilan mendahului di empat kerusi DUN iaitu Gemas, Serting, Sikamat dan Klawang.

BN turut berada di hadapan di beberapa kerusi termasuk Chennah yang disandang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, selain Rantau, Sungai Lui, Jeram Padang, Juasseh dan Senaling.

Bagi PH pula, gabungan itu mendahului di kerusi Lenggeng, Lobak, Nilai, Lukut, Bukit Kepayang dan Mambau.

Dalam perkembangan sama, BERSATU masih belum mendahului di mana-mana kerusi DUN setakat ini.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat ketinggalan di DUN Linggi, apabila hanya memungut 4,393 undi setakat ini, berdasarkan keputusan tak rasmi.

Kerusi berkenaan ketika ini didahului pencabar utama dari BN, Mohd Faizal Ramli yang meraih 6,061 undi manakala calon BERSATU, Zamri Md Said menerima 317 undi. - Getaran, 1 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved