Ananda Natasha merdu alun ayat al-Quran dipuji ramai – “Rugi ex lepaskan dia..”

Entertainment
7 Aug 2024 • 11:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ananda Natasha

Bekas isteri personaliti media sosial, Andika Putera iaitu Ananda Natasha mendapat perhatian warganet apabila dia memiliki suara merdu ketika mengalunkan ayat al-Quran, baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Natasha sedang membaca sepotong ayat suci ketika bersiaran secara langsung bersama para pengikutnya di aplikasi itu.

Ananda Natasha

Dalam video tersebut, Natasha mendapat pujian ramai apabila memiliki suara merdu persis qariah ketika membaca ayat suci al-Quran sehingga membuatkan orang ramai tergamam.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 400,000 tontonan dan mendapat lebih 23,000 tanda suka daripada warganet selepas tiga hari dikongsikan di aplikasi tersebut.

Ananda Natasha

image is not available

Netizen tersentuh!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan terpesona apabila mendengar alunan suara wanita itu membaca ayat al-Quran.

image is not available image is not available

Bertuah siapa yang miliki cinta Natasha

Malah, ada individu berpendapat lelaki yang berjaya mendambat hati Natasha adalah jejaka yang bertuah kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi turut mempunyai asas agama yang baik.

image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Andika dan Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman namun, rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini, konflik rumah tangga mereka bertebaran di media sosial apabila Andika didakwa pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada Natasha.

Sumber: TikTok @imanisafiya