Anda ada imaginasi yang ingin diterjemah kepada video? AI ini boleh jana secara automatik dengan input teks sahaja

Technology
30 Sep 2022 • 5:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Kecerdasan buatan kini bertumbuh dalam kadar superpesat. Dulu kita ada Dall-E, AI yang mampu menjana imej daripada input berbentuk perkataan. Kini, pembangun Facebook, Meta, mereka telah memperkenalkan Make-a-Video, AI yang mampu menjana video daripada teks.

Dengan jalinan teks daripada pengguna, Make-a-Video boleh merealisasikan imaginasi ataupun fantasi kita tanpa perlu melakukan apa-apa pun. Semuanya dijana menerusi kecanggihan teknologi janaan kecerdasan buatan.

Meta mengumumkan yang projek ini diletakkan di dalam kategori sumber terbuka. Hal ini bermakna sesiapa sahaja boleh menelaah kod aturcara ataupun mengkaji kerangka kerjanya. Kertas kajiannya juga boleh ditelaah anda kalau anda punyai masa terluang.

Daripada segi sumber manakah AI Make-a-Video cedok untuk menjana video, Meta memberitahu yang set data program ini diambil daripada bahan-bahan sumber terbuka, bukannya yang dilindungi hak cipta.

Sedikit berbeza dengan Dall-E, pengguna tidak boleh menjana video sendiri, buat masa ini. Apa yang pengguna boleh lakukan untuk minta Make-a-Video jana kandungan adalah dengan menggunakan tanda pagar #MetaAI di Twitter dan berharap input anda diterima.

Sumber: Facebook