Anda boleh berjiran dengan Marc Marquez di MotoGP Catalunya 2023, harga Airbnb cuma ~RM472

7 Jul 2023 • 7:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu pusingan perlumbaan MotorGP akan berlangsung di Barcelona pada 3 September 2023. Sekiranya anda ada hajat untuk sertainya atau nak melawat Bercelona dalam bulan September 2023, cuba anda teliti tawaran menarik ini. Juara dunia MotoGP, Marc Marquez mengubah treler motorhome pasukannya menjadi Airbnb untuk 1 malam bersempena peristiwa tersebut.

image is not available

Perkara yang julung kalinya diadakan itu membolehkan anda tinggal di dalam kandang pelumba yang biasanya dihadkan aksesnya kepada pelumba sahaja. Anda akan berjiran dengan Marc Marquez selama dan bolehlah anda bertegur sapa dengannya.

image is not available

Penginapan ini terhad kepada dua orang sahaja pada harga EUR93 (RM472). Selain penginap di kandang pasukan penginap juga dapat melihat beberapa memorabilia pelumba itu seperti helmet dan suit lumba bersama-sama 8 trofi juara dunia yang pernah dimenanginya.

image is not available

Selain itu, dua tempat duduk VIP turut disediakan untuk penginap menonton pecutan pemula Grand Prix pada hargi tersebut disamping beroleh akses terhadap kemudahan-kemudahan ekslusif bertahap VIP sepanjang minggu itu di litar perlumbaan tersebut.

image is not available

Penginap juga akan diberikan lawatan berpandu khas antaranya ke kotak pit yang biasanya askesnya diberkan pada pelumba sahaja.

image is not available

Sekiranya anda berminat, tempahan akan dibuka pada 19 Julai 2023 pada jam 01:00 tengah hari waktu Malaysia di pautan berikut http://airbnb.com/motogp. Airbnb memaklumkan yang penginap perlu aturkan pengangkutan sendiri daripada bandar Barcelona ke litar lumba yang terletak di Montmelo.

Sumber: Airbnb