Anda Boleh Daftar Kad Perjalanan Bulan Tanpa Had BAS.MY Kuching Mulai Minggu Depan

7 Mar 2025 • 5:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perjalanan Tanpa Had di Kuching Akan Bermula

Anda Boleh Daftar Kad Perjalanan Bulan Tanpa Had BAS.MY Kuching Mulai Minggu Depan. Perkhidmatan BAS.MY Kuching, yang diperkenalkan menerusi Projek Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) oleh kerajaan persekutuan dengan peruntukan lebih RM79 juta bagi tempoh lima tahun, bakal memulakan pendaftaran untuk kad konsesi perjalanan bulanan tanpa had My50 bermula minggu hadapan.

Menurut kenyataan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, sebuah pejabat perkhidmatan baharu akan dibuka oleh pengendali bas, Biaramas Express Sdn Bhd, di 9 Market Street, berdekatan 7-Eleven dan hentian bas Open Air Market, bagi membantu orang ramai membuat pendaftaran.

image is not available
Sumber gambar: Dayak Daily

GPS dan Pembayaran Elektronik Disediakan

Perkhidmatan BAS.MY dilengkapi dengan 56 bas bandar raya baharu yang moden, mesra OKU dan warga emas, serta dilengkapi dengan sistem pembayaran elektronik yang menerima kad debit dan kredit, e-dompet serta tunai. Bas-bas ini turut dilengkapi sistem pengesanan GPS bagi meningkatkan kemudahan pengguna.

Laluan pertama, Q10, akan meliputi 48 hentian utama termasuk Hospital Umum Sarawak (SGH), pusat membeli-belah tHe Spring, Bangunan Sultan Iskandar, VivaCity Megamall, eMart Tabuan Jaya, Samarahan Heart Centre dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Laluan ini akan beroperasi :

  • Hari minggu: 5 pagi sehingga 11 malam
  • Hujung minggu: 7 pagi sehingga 10 malam

LPKP Sarawak mengalu-alukan respon positif masyarakat dan akan terus meningkatkan serta memperluaskan perkhidmatan BAS.MY bagi manfaat lebih ramai pengguna di Kuching.

Baca penuh sini: