Bas Baharu Penduduk Luar Bandar Sarawak, Perjalanan Ke Miri Kini Lebih Mudah

26 Feb 2025 • 10:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perkhidmatan bas luar bandar baharu akan dilancarkan di Miri minggu depan

Bas Baharu Penduduk Luar Bandar Sarawak, Perjalanan Ke Miri Kini Lebih Mudah. Berita baik untuk penduduk luar bandar di Sarawak! Miri Transport Company (MTC) telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan bas baharu untuk kawasan luar bandar, yang bakal beroperasi bermula Sabtu, 8 Mac.

Langkah ini mendapat kelulusan daripada Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB) Sarawak, sekaligus menjadikan perjalanan ke Miri lebih mudah, selamat, dan berpatutan.

image is not available
Bas Baharu Penduduk Luar Bandar Sarawak, Perjalanan Ke Miri Kini Lebih Mudah. Gambar sekadar hiasan.

Dari Bekenu ke Miri: Tiada Lagi Pening Kepala Cari Pengangkutan

Bas ini akan meliputi beberapa kawasan luar bandar utama seperti Bekenu, Batu Niah, Bakong, Lapok, dan Long Lama. Penduduk yang selama ini menghadapi kesukaran mencari pengangkutan ke Miri untuk urusan kerja, pendidikan, kesihatan, dan keperluan harian, kini boleh menarik nafas lega.

Menurut Datuk Rosey Yunus, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, inisiatif ini bukan sahaja akan memudahkan perjalanan penduduk, tetapi juga berpotensi meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan luar bandar.

“Saya sangat menyambut baik inisiatif ini kerana ia memberi akses yang amat diperlukan oleh komuniti luar bandar ke bandar Miri,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Jadual Tetap, Lebih Teratur, Tiada Lagi Terlepas Bas

MTC menegaskan komitmen mereka dalam meningkatkan jaringan pengangkutan luar bandar dan memastikan perkhidmatan ini mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

“Perkhidmatan bas ini akan memudahkan perjalanan bagi tujuan kerja, pendidikan, rawatan kesihatan, dan keperluan harian penduduk luar bandar,” kata Lee Khoi Yun, Pengerusi MTC.

Bas ini akan beroperasi mengikut jadual tetap, memastikan perjalanan lebih lancar dan efisien buat para penumpang. Ini bermakna kurang masa menunggu dan lebih banyak kepastian dalam merancang perjalanan harian.

Guna dan Beri Maklum Balas – MTC Nak Dengar Pendapat Anda.

MTC turut menggalakkan penduduk tempatan untuk menggunakan perkhidmatan bas ini dan memberikan maklum balas bagi membantu mereka meningkatkan kecekapan operasi. Jadi, jika ada sebarang cadangan atau komen, jangan segan-segan untuk bersuara!

Dengan pelancaran bas ini, penduduk luar bandar kini mempunyai satu lagi pilihan pengangkutan yang lebih baik.

Baca juga artikel yang berkaitan: