Anda Hilang Kerja, Ini Lima Manfaat SIP Yang Anda Perlu Tahu

LocalPersonal Finance
6 Nov 2025 • 11:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anda Hilang Kerja, Ini Lima Manfaat SIP Yang Anda Perlu Tahu

Bayangkan pagi-pagi masuk ke pejabat seperti biasa sambil ditemani secawan kopi, tiba-tiba HR panggil masuk ke bilik.

“Maaf ya, syarikat terpaksa tamatkan kontrak…” Apa reaksi anda waktu ini?

Situasi seperti ini boleh dianggap sudah menjadi kebiasaan pada masa sekarang.

Kadangkala bukan disebabkan diri yang melakukan kesalahan, tetapi faktor lain seperti projek habis, kerugian syarikat atau ekonomi dalam keadaan tidak menentu.

Apabila hilangnya punca pendapatan, pelbagai masalah seperti bil, sewa rumah, ansuran kereta tetap kena bayar secara bulanan.

Sudah tentu perkara ini membuatkan diri berada dalam masalah, ditambah persaingan pekerjaan kini semakin tinggi.

Tapi berita baiknya, kerajaan kini mencari jalan penyelesaian agar nasib pekerja yang hilang kerja terbela.

Melalui pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2025 atau Akta 800 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), memberikan sinar baharu buat golongan ini.

Inisiatif ini dibuat selepas kementerian itu memaklumkan pelancaran Lindung 24/7, skim yang melindungi pekerja bukan sahaja semasa waktu bekerja, tetapi juga di luar waktu kerja.

Tentunya, dua langkah ini memberikan penambaikan kepada pekerja agar sentiasa dilindungi, tak kira apa yang berlaku.

Bercakap mengenai topik ini, sebenarnya anda tahu ke apa itu SIP? Mari SK kongsikan mengenai SIP secara lebih jelas di bawah.

Apa itu SIP?

image is not available
Gambar: Bernama

SIP sebenarnya merujuk kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan. Ia merupakan skim bantuan kewangan yang membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga mereka mendapatkan pekerjaan baru.

Untuk senang faham, SIP ini ibarat satu bentuk insurans dalam bentuk pekerjaan yang bertindak membantu pekerja dari kewangan sementara dan keperluan lain sebelum kembali mendapatkan pekerjaan baharu.

Penting Ke SIP Ni?

Menurut data yang dikongsikan PERKESO, lebih 363,000 pekerja telah menerima manfaat SIP dengan jumlah bayaran melebihi RM900 juta sejak diperkenalkan pada tahun 2018.

Bagi mereka yang berdepan detik ini, SIP ibarat talian nyawa dalam menampung perbelanjaan keluarga, bayar sewa sementara memperolehi kerjaya baharu.

Pindaan SIP 2025: Ini Perkara Yang Berubah

image is not available

Dalam pembentangan yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim pada Selasa, kerajaan memaklumkan beberapa penambahbaikan dan memperluaskan manfaat untuk pekerja yang kehilangan kerja.

image is not available

Antara penambahbaikan utama;

  • Elaun latihan harian dinaikkan daripada RM20 kepada RM30
  • Fi latihan maksimum meningkat daripada RM4,000 kepada RM7,000
  • Pengenalan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) sebanyak RM1,000. Untuk bantu pekerja yang perlu berpindah ke tempat kerja baharu

Menerusi pindaan akta SIP 2025 ini dan inisiatif Lindung 24/7, kerajaan dapat memastikan nasib golongan pekerja sama ada di bandar atau luar bandar terbela.

BACA JUGA: Bukan Waktu Kerja Pun Boleh “Claim”, Ini Antara 10 Situasi Nak Fahamkan Tentang Skim LINDUNG 24/7

BACA JUGA: Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu

The post Anda Hilang Kerja, Ini Lima Manfaat SIP Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.