Hujan Lebat Diramal Badai Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

2 Nov 2025 • 9:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Badai Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Kelantan.

Sementara itu, cuaca buruk di Perak pula melibatkan daerah Batang Padang dan Muallim, manakala hujan lebat diramal berlaku melibatkan kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman di Terengganu.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Beralih ke Sabah, antara daerah yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

image is not available