Anda Kelak Boleh Tambah Pautan Di Profil WhatsApp

TechnologyDigital
13 Feb 2025 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri menambah pautan ke laman web atau profil media sosial lain pada sesuatu perkhidmatan adalah amat dihargai. Ini membolehkan orang ramai mencari profil anda untuk mudah diikuti seperti pada Instagram, Linktree atau Socl. Akan datang, anda turut boleh melakukan perkara sama pada WhatsApp.

image is not available

Ciri ini dilihat diuji pada WhatsApp untuk iOS di Brazil. Ia adalah ciri untuk pengguna di negara seperti Brazil atau India yang menyediakan perkhidmatan pembayaran bil, membayar sesuatu atau melakukan pemindahan wang terus dari WhatsApp. Berdasarkan imej yang dikongsi WABetaInfo, pautan lalai yang pengguna boleh tambah adalah Instagram. Tidak pasti berapa pautan boleh ditambah dan adakah hanya pautan ke perkhidmatan Meta sahaja atau terbuka kepada semua.

Ciri ini masih dalam peringkat pembangunan dan belum jelas adakah ia terhad kepada pengguna terpilih atau akan diaktifkan kepada semua.