Anda Kelak Tidak Lagi Boleh Beli/Sewa Drama Bersiri Di Google TV

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google TV adalah aplikasi yang menjadi hab filem, siri TV dan dokumentari dikumpulkan untuk pengguna sewa atau beli. Sementara di Amerika Syarikat, ia turut menyokong pintasan ke perkhidmatan penstriman lain. Terbaru, Google TV telah dikemaskini untuk tidak lagi membenarkan pengguna membeli atau menyewa kandungan bersiri.

image is not available

Tidak kira siri animasi, drama, fantasi semuanya tidak lagi disokong kecuali filem. Perkara ini turut terkesan di kesemua platform Google TV bermakna pada televisyen, aplikasi dalam telefon pintar dan juga Android TV. Semua yang pengguna pernah beli akan kekal dimiliki dan boleh ditonton pada bila-bila masa tetapi untuk membeli yang lain misalnya drama baharu atau musim terkini ia kini ditawarkan melalui YouTube.

Buat masa ini perkara ini hanya terkesan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Kerana hanya di sana YouTube menawarkan pelbagai akses beli/sewa filem. Di Malaysia, Google TV masih terhad kepada filem-filem sahaja.