Anda Kini Boleh Lihat Siapa Yang Aktif Di Atas Talian Dalam Threads

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siapa lagi ingat zaman Yahoo! Messenger? Jika anda ingin tahu adakah rakan anda aktif, lihat sahaja ikon bulat hijau. Ciri ini turut ada di Facebook, MySpace dan banyak lagi. Ciri lebih kurang sama ini kini diperkenalkan oleh Meta di dalam Threads.

image is not available

Menurut Adam Mosseri selaku ketua Instagram, ciri ini adalah untuk pengguna berinteraksi dengan pengguna lain dalam masa nyata. Indikasi ikon bulat berwarna hijau akan dipaparkan pada profil imej pengguna agar boleh tahu siapa yang sedang aktif di Threads. Ciri ini akan diaktifkan secara lalai pada semua akaun secara berperingkat. Mereka yang mahukan privasi dan ingin kekal menjadi silent reader, ciri ini boleh dimatikan melalui tetapan akaun pada bila-bila masa.

Dengan pengenalan ciri ini, interaksi pada sesebuah perkongsian akan mempunyai capaian yang lebih organik berbanding kerap dibanjiri dengan pelbagai balasan oleh bots atau spam. Adakah akaun anda sudah menerima ciri ini?