Anda Kini Boleh Sunting Teks Di Threads Dalam Masa 15 Minit Selepas Dikongsi

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri menyunting perkongsian teks adalah sangat popular kerana kerap diminta oleh pengguna Twitter. Selepas menjadi X, ciri suntingan ini dikunci di belakang langganan. Selepas Meta melancarkan Threads, bulan Oktober tahun lepas – ciri suntingan ini diberikan secara percuma dan pengguna mempunyai tempoh selama lima minit. Terbaru, tempoh masa suntingan ini telah dipanjangkan.

image is not available

Pengguna kini boleh melakukan suntingan pada teks di Threads dalam tempoh 15 minit selepas ia dikongsi. Menariknya, selepas telan menu tiga titik – terdapat pemasa memaparkan kiraan 15 minit. Kemudian khusus untuk pengguna platform media sosial di bawah Fediverse, jika anda menambatkan akaun anda dengan Threads – perkongsian rentas-platform hanya akan mula dipaparkan selepas 15 minit bagi menantikan suntingan akhir dilakukan.

image is not available

Dalam cubaan saya, Threads di web dan Android telah sedia menyokong ciri baharu ini sementara iOS masih menantikan kemas kini diedarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved