Instagram dan Facebook Mengubah Label Untuk Kandungan Menggunakan AI

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram dan Facebook telah menggantikan penggunaan label “Made with AI” pada kandungan yang disyaki dijana oleh kecerdasan buatan (AI) kepada “AI Info” hari ini. Tindakan diambil selepas ramai pengguna merungut suntingan pada gambar yang dilakukan dalam perisian seperti Photoshop telah dilabel sebagai dijana sepenuhnya menggunakan AI.

image is not available

Apabila label AI Info ditekan, maklumat lebih terperinci mengenai karya akan dapat dibaca. Instagram akan memberikan maklumat gambar yang dimuat naik telah disunting dengan bantuan AI dan bukan dijana sepenuhnya oleh AI generatif.

Besar kemungkinan sistem pengesanan kandungan di Instagram membaca datameta atau tera air yang disorokkan oleh perisian suntingan gambar popular setiap kali ciri AI digunakan. Dalam peranti Samsung, Pixel dan kelak Apple misalnya, sudah wujud ciri menyunting gambar dengan bantuan AI. Menerusi label baharu ini, gambar sebenar tidak akan dipukul rata sebagai janaan AI sepenuhnya menggunakan label sebelum ini.