Anda kini boleh wujudkan 4 profil peribadi dalam 1 akaun Facebook

Digital
22 Sep 2023 • 10:22 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Facebook umumkan mereka memperkenalkan satu ciri baharu. Pengguna kini dibenarkan wujudkan sehingga 4 profil peribadi dalam 1 akaun Facebook. Sebelum ini, sekiranya anda ingin tadbir lebih daripada satu profil peribadi, anda perlu wujudkan 1 akaun Facebook gunakan 2 e-mail yang berbeza.

Kefleksibelan ini memboleh pengguna mewujudkan profil spesifik untuk tujuan tertentu. Contohnya, mereka ingin pisahkan profil peribadi daripada profil kerja kerana mungkin ada beberapa kandungan yang tidak sesuai diutuskan di sesuatu tempat. Selain itu, Facebook juga ingin memudahkan pengguna mengawal selia kandungan yang ingin mereka kongsikan.

Profil tambahan masih beroperasi seperti profil utama seperti boleh mengakses Facebook Messenger untuk bersembang. Walau bagaimanapun ada beberapa fungsi yang tidak disertakan seperti Dating, Marketplace, Professional Mode, dan profil tambahan tidak boleh lakukan transaksi pembayaran.

Selain itu, semua profil tambahan mempunyai tetapan kerahsiaan yang tersendiri dan tidak berkongsi antara satu sama lain. Jadi, tetapan yang boleh dilakukan adalah lebih halus.

Nampaknya ciri ini disalurkan secara berfasa kerana saya masih belum temuinya pada aplikasi Facebook saya. Anda bagaimana?

Sumber: Facebook

Bacaan berkaitan