Di zaman awal Facebook kesemua ahli keluarga dan kawan dimasukkan ke dalam Friend List. Tetapi selepas lebih dua dekad di Facebook, pasti ramai ingin mengasingkan aktiviti profesional dan peribadi daripada dilihat oleh semua. Hari ini Meta mengumumkan ciri empat profil berbeza di Facebook.

Dengan profil-profil ini pengguna boleh mengasingkan maklumat serta aktiviti bagi tujuan peribadi, kerja dan mungkin perniagaan. Artis misalnya mungkin inginkan satu profil untuk berinteraksi dengan peminat dan satu lagi profil yang hanya boleh diakses oleh sanak saudara terdekat sahaja. Pengasingan ini akan membolehkan privasi mereka lebih terjaga sebelum menjadi bahan gosip di media sosial.
Setiap profil turut boleh menggunakan nama pengguna berbeza. Sebagai contoh saya ingin mempunyai akaun peribadi dan juga akaun untuk identiti atas talian Obefiend. Sungguhpun begitu mencipta profil baharu untuk tujuan menyamar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Profil boleh diubah menerusi menu tanpa perlu melakukan log masuk semula.
- Sumber


