Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa kata-kata berbentuk peringatan dan keinsafan di media sosial yang menyentuh aspek kehidupan serta hubungan manusia dengan agama.
Muhasabah diri jadi baik

Menerusi hantaran di Threads, Syatilla mengenang perjalanan sebagai seorang hamba yang sering melakukan dosa dan kelemahan manusia serta pentingnya sentiasa memperbaiki diri agar tidak lalai daripada mengingati Allah.
“Andai dosa boleh dihidu, mungkin kita lebih busuk dari bangkai,” ciapannya, semalam.
Menurutnya, peringatan tersebut menggambarkan betapa besar dan beratnya dosa yang dilakukan manusia jika ia benar-benar dapat dirasai secara fizikal, sekali gus mengajak masyarakat supaya lebih sedar dan insaf terhadap setiap perbuatan yang dilakukan.
Dalam perkongsian berasingan, Syatilla turut berkongsi satu lagi ungkapan yang menyentuh tentang tanda-tanda kelemahan rohani seseorang apabila semakin jauh daripada al-Quran dan ibadah.
“Ketika engkau tidak lagi tersentuh oleh al-quran, tidak gentar oleh dosa, tidak rindu utk sujud, maka itu bukan hidup, itu kematian yg belum terkubur,” tambahnya lagi.

Kata-kata tersebut memberi gambaran bahawa kehidupan seseorang bukan hanya diukur pada jasad semata-mata, tetapi juga pada kepekaan hati terhadap peringatan agama. Ia turut menekankan bahawa kekosongan rohani boleh menjadi “kematian” walaupun seseorang itu masih hidup secara fizikal.
Perkongsian berunsur keinsafan itu turut menerima reaksi positif dalam kalangan pengikutnya yang melihat ia sebagai satu usaha untuk memperbaiki diri serta mengajak orang lain kembali muhasabah kehidupan masing-masing.
Syatilla sebelum ini sering menggunakan platform media sosial untuk berkongsi pandangan peribadi serta peringatan yang berkaitan kehidupan, keluarga dan spiritual, selain aktif dalam bidang perniagaan.
Artikel lain: “Jangan berkira bab makan” – Syatilla Melvin pegang nasihat Shaheizy Sam, anggap jamu tetamu asbab ke Syurga
Terdahulu, aktres itu mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga solat dan memperbaiki hubungan dengan Allah selagi masih diberi peluang untuk bernafas.
Menurutnya tujuan utama manusia di dunia adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, termasuk menunggu dan menjaga solat lima waktu.
Sumber: Threads samtilla
