“Andai Kejujuran Ini Membuat Anda Kurang Senang, Saya Terima” – Rita Rudaini

EntertainmentLifestyle
11 Dec 2025 • 9:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Di tengah kemelut saman yang sedang melibatkan dirinya, pelakon Rita Rudaini masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi. Namun, satu luahan terbaharu yang dimuat naik di Instagram kembali mencuri perhatian warganet.

Dalam hantaran tersebut, Rita menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kepentingan peribadi, sebaliknya apa yang diperjuangkannya selama ini hanyalah demi kebajikan anak-anak dan ibu bapa.

Advertisement
View this post on Instagram

Pelakon itu turut mengakui dia menerima dengan hati terbuka jika ada pihak yang tidak senang dengan pendiriannya.

Hantaran Threads Rita Rudaini Curi Tumpuan Ramai, Netizen Beri Kata-Kata Semangat – “Jangan Gentar Jika Kita Benar”

Andai kejujuran ini membuat anda kurang senang, saya terima kerana saya tidak tahu menjadi selain diri saya sendiri.

Luahan itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, namun kebanyakannya tampil memberikan sokongan moral kepada Rita, selain memuji keberaniannya bersuara mempertahankan apa yang dianggap sebagai haknya.

Setakat ini, Rita masih belum mengulas lanjut mengenai saman yang difailkan terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-12-08 16:23:56

YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

The post “Andai Kejujuran Ini Membuat Anda Kurang Senang, Saya Terima” – Rita Rudaini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.