Andalusia Hadiahkan Pakej Umrah Buat Pakcik OKU Dibelasah Di Pasar Tani – “Semoga Terubat Hati”

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan berasa simpati atas insiden yang berlaku terhadap seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipukul secara beramai-ramai di sebuah pasar tani yang terletak di Terengganu, baru-baru ini, pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd telah menghadiahkan pakej umrah kepada mangsa.

Pakcik OKU, isteri dan anak ditaja pakej umrah

Difahamkan, pakej umrah tersebut diberikan secara percuma kepada mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, isterinya serta anak lelaki yang berumur 19 tahun.

image is not available

Pengarah Andalusia Travel & Tours iaitu Ibrahim Mat Sin menghadiakan pakej tersebut melalui panggilan video kepada isteri mangsa, Faridah Abdul Karim, 44.

Rasa simpati terhadap mangsa

Ibrahim telah meluahkan rasa simpati atas insiden yang berlaku terhadap Ahmad Nor Al Faizan dan kerana itu, dia menghadiahkan pakej umrah ini bagi mengubat hati.

image is not available

Sekadar info, tular satu video di platform media sosial beberapa hari lalu memaparkan seorang pakcik OKU dipukul secara beramai-ramai tanpa belas kasihan hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

image is not available 2 days ago

"Mereka Tahu Suami Saya OKU.." - Isteri Maklum Tiada Mana-Mana Pelaku Datang Mohon Maaf, Tak Akan Tarik Laporan Polis