Andalusia rekod 43,000 jemaah umrah, yakin capai 80,000 jemaah musim 1448H

Business & FinanceTravel
28 Aug 2026 • 5:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Andalusia rekod 43,000 jemaah umrah, yakin capai 80,000 jemaah musim 1448H

KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. merekodkan seramai 43,000 jemaah yang telah berdaftar dan membayar deposit setakat bulan Rabiulawal bagi musim umrah 1448H/2026.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, jumlah berkenaan meletakkan pihaknya pada landasan untuk mencapai sasaran 80,000 jemaah bagi musim umrah kali ini.

Menurutnya, pihaknya berharap perkembangan pendaftaran jemaah akan terus menunjukkan momentum positif sehingga akhir musim.

“Pada awal musim hari itu kita sedikit terganggu juga dengan keadaan geopolitik, keadaan perang dan sebagainya kerana kita fikirkan waktu itu orang takut nak pergi.

“Tetapi Alhamdulillah keadaan kembali seperti biasa dan 43,000 jemaah telah berdaftar dengan deposit,” katanya ketika ditemui pada pelepasan kumpulan umrah Pakej Mesra Hari 9H7M penerbangan Malaysia Airlines di sini, hari ini.

Menurut Ida, pihaknya akan terus memberikan perhatian kepada aspek pengurusan dan kebajikan jemaah sepanjang musim umrah bagi memastikan perjalanan ibadah mereka berjalan lancar. – UTUSAN

The post Andalusia rekod 43,000 jemaah umrah, yakin capai 80,000 jemaah musim 1448H appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved