Andika Putera bakal kahwin lagi? Netizen luah syukur – “Ada juga orang nak dia..”

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Andika Putera bakal kahwin lagi

Pempengaruh Andika Putera menjadi bualan hangat ramai apabila didakwa bakal kembali bergelar suami selepas disahkan bercerai dengan bekas isterinya, Ananda Natasha pada Disember tahun lalu.

Khabar angin itu tersebar selepas Andika memuat naik sebuah hantaran di laman TikToknya yang memaparkan dia memakai persalinan baju melayu serba putih.

Andika Putera bakal kahwin lagi

Dalam perkongsian tersebut, Andika dibantu beberapa individu lain dalam mengenakan busana tersebut di sebuah butik yang tidak dimaklumkan kepada umum.

Andika Putera bakal kahwin lagi

image is not available

image is not available

Andika kahwin ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terkejut apabila melihat kandungan yang dikongsikan oleh pempengaruh yang berusia 27 tahun itu yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah, ada juga segelintir individu sempat berseloroh meluahkan rasa syukur apabila masih ada wanita yang mahukan Andika menjadi suaminya.

image is not available image is not available

Tahniah!

Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah kepada Andika atau nama lengkapnya Muhammad Andika Putera sekiranya khabar angin tersebut benar.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Andika Putera