Andika Putera dedah pernah disihir, mula sedar jauh dari Allah -“Sampai gagal, jatuh terduduk”

1 Aug 2024 • 11:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Andika Putera dedah pernah disihir suatu ketika dahulu sehingga membuatkan dirinya sedar betapa jauhnya dirinya dari Sang Pencipta.

Perkara itu didedahkan oleh Muhammad Andika Putera, 27, menerusi sebuah video berdurasi seminit 27 saat di platform TikTok.

Andika atau mesra disapa Dika berkongsi perkara tersebut selepas diminta oleh seorang lelaki mengenai titik jatuh bangkit dirinya untuk berjaya dalam hidup.

image is not available

Andika Putera dedah pernah disihir

Lelaki asal Pulau Pinang ini berkata, kejayaan yang dikecapi kini adalah selepas dirinya sedar sudah jauh tersasar dan terkena ‘sihir’ sehingga membuatkan dirinya jatuh.

“Kena sihir baru sedar dah jauh dari Allah SWT.
“Setiap orang dalam dunia ni berlainan ujian yang Allah SWT nak sedarkan diri kita ni makin jauh dari Dia. Dika sendiri tak terkecuali. Dengan sihir, gagal sampai jatuh terduduk, lost sampai tak ada arah hidup,”katanya.

image is not available

Terima takdir, bangkit hadapi ujian

Dia bagaimanapun bersyukur dan menerima segala ujian yang diberikan kepadanya kerana telah membuat dirinya kuat pada tahap ini.

Andika Putera juga menitipkan nasihat untuk dekatkan dirinya dengan Allah dan kejayaan di dunia pasti akan datang.

“Tapi disebalik segala ujian yang Allah SWT bagi, Dika bersyukur sangat dipilih untuk lalui benda ni. Sebab tanpa terjadinya ujian ni dalam hidup, Dika tidak sedekar dengan Allah SWT, Dika tak akan sekuat seperti sekarang dalam nak hadap ujian dalam dunia.
“Nak percaya atau tidak, terserah kepada korang. Tapi apa yang ada pada Dika sekarang ni adalah asbab ujian yang mendekatkan diri Dika pada yang Maha Berkuasa.
“Walaupun sepanjang hidup ni ada kegagalan dan kesusahan tapi bila hati sentiasa ada Allah, resah itu hanya seketika.
“Selebihnya hati ini tenang sebab percaya Allah sentiasa ada,”katanya.

image is not available

@andikaputeraa

Kena sihir baru sedar dah jauh dari Allah SWT Setiap orang dalam dunia ni berlainan ujian yang Allah SWT dalam nak sedarkan diri kita ni makin jauh dari Dia. Dika sendiri tak terkecuali. Dengan sihir, gagal sampai jatuh terduduk, lost sampai tak ada arah hidup. Tapi disebalik segala ujian yang Allah SWT bagi, Dika bersyukur sangat dipilih untuk lalui benda ni. Sebab tanpa terjadinya ujian ni dalam hidup, Dika tidak sedekat dengan Allah SWT, Dika tak akan sekuat seperti sekarang dalam nak hadap ujian dalam dunia. Nak percaya atau tidak terserah kepada korang, tapi apa yang ada pada Dika sekarang ni adalah asbab ujian yang mendekatkan diri Dika pada yang Maha Berkuasa. Walaupun sepanjang hidup ni ada kegagalan dan kesusahan tapi bila hati sentiasa ada Allah SWT, resah tu hanya seketika. Selebihnya hati ini tenang sebab percaya Allah sentiasa ada. Komen ‘’ kalau korang belajar sesuatu #sihir #ujian #motivasi #muslim #fyp #viral #tiktok

♬ original sound – Andika Putera – Andika Putera

Sihir, jin pun kena fitnah?

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di ruangan komen sehingga ramai beranggapan ia hanyalah rekaan semata-mata.

image is not available image is not available image is not available

Tak tahulah nak percaya atau tidak. Tapi setiap orang ada ujian hidup dan perlu kuat menghadapinya. Semoga urusan semua orang dipermudahkan.

Sumber: TikTok Andika Putera