Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”

30 Jul 2024 • 10:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya, Andika Putera pernah mengugut untuk menyebarkan video intim mereka.

 

Ugutan tercetus selepas minta hutang RM600

 

Menerusi perkongsian video panjang di akaun Instagram miliknya, Natasha mendakwa ugutan itu tercetus selepas dia meminta Andikan untuk membayar hutangnya yang berjumlah RM600.

“RM600 tu bukan saya saja-saja minta, itu baki hutang dia. Saya minta sebab tahu tak sepatutnya dia yang jaga pada hari tu tapi sanggup hantar Alisha pada saya semata-mata nak dating dengan perempuan tu pergi Genting.

“Padahal masa dengan anak tu masih ada, apa salahnya habiskan masa dulu dengan anak lepas tu minggu depan barulah kau berjalan dengan perempuan tu.

“Lepas tu saya bengang bila dapat tahu patutlah hantar anak dekat saya padahal kau tengah berjalan dengan perempuan itu. 

“Pada masa tu memang saya minta segera hutang itu, nak pergi Genting ada pula duit. Takkanlah hutang setakat RM600 kau tak ada duit.

“Sebab dia pernah ugut saya juga sebelum ini nak viralkan video **** yang bersama dia juga. Nampak tak yang ugut ugut tu banyak sebab apa, sebab dia pun ugut kita.

“Jadi dia screenshot separuh separuh pasal yang saya dia ugut, yang dia ugut kita tak bagitahulah dekat situ. Of course tak bagi tahu,” jelasnya.

 

 

Perjelas dakwaan cemburu

 

Dalam pada itu, Natasha juga turut menjelaskan dakwan Andika yang mengatakan dirinya kuat cemburu.

“Dia nak cakap saya cemburu pada masa tu, ingat senang ke nak move on. Ingat hati saya ni macam dia ke yang senang senang bawa sana sini.

“Boleh senang jatuh cinta macam tu je. Benda ni kes cerai, dah bersama empat tahun. Baru bercerai, kemudian tiba-tiba tahu yang dia dengan perempuan lain.

“Jadi mestilah kita expect benda tu dah lama. Kenapa pula lepas bercerai, tiba-tiba kau dengan orang lain. Nak kata cemburu, ya mungkin.

“Itu sebelum kantoi dengan isteri orang, jadi selepas kantoi saya memang dah move on. Tak kisahlah dia nak kahwin ke, tunang ke lantak dialah.

“Sebab saya dah tahu dah perangai dia macam mana. Jadi ingatkan masa itu je yang dia main perempuan, masa berkahwin. 

“Rupanya selepas cerai pun masih juga perangai macam tu. Jadi tak mengapa,” ujarnya.

 

 

 

 

 

Terdahulu, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya. 

 

Bagaimanapun Andika kemudiaanya tampil mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan dirinya curang adalah tidak benar. 

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.