Android 14 for TV Diumumkan Dengan Sokong PiP dan AI Gemini

TechnologyDigital
16 May 2024 • 8:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara Google I/O 2024 berterusan hari ini dengan pengumuman Android 14 for TV. Sistem operasi untuk TV pintar ini akan diberikan beberapa ciri baharu yang akan menjadikannya lebih lancar digunakan berbanding iterasi sebelum ini.

image is not available

Pertama sekali Android TV akan menyokong sistem gambar-dalam-gambar (PiP) yang membolehkan sehingga dua kandungan video dipaparkan serentak pada skrin TV. Antaramuka berubah dengan ikon aplikasi kini bulat bukan lagi berbentuk bujur dan lebih banyak sokongan platform penstriman akan ditawarkan pada muka hadapan TV.

image is not available

Selain itu terdapat tiga pilihan mod kuasa iaitu kuasa rendah, dioptimumkan dan kuasa tinggi. Kepada pengguna OKU, mod ketercapaian membolehkan warna pada TV diubah seperti untuk pengguna yang buta warna. Google turut mengesahkan Android 14 for TV juga akan mempunyai sokongan AI Gemini yang akan menyarankan kandungan yang relevan kepada pemilik TV pada skrin hadapan.

Android 14 for TV kini boleh dimuat turun oleh pembangun dan kemas kini untuk TV pintar sedia ada akan diberikan menjelang penghujung 2024.