Android Akan Tambah Ciri Boleh Mengenal-Pasti Sekiranya Telefon Diragut Perompak, Dan Mengunci Peranti Automatik

TechnologyDigital
16 May 2024 • 7:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini berkongsi beberapa perkembangan untuk sistem operasi Android akan datang, dan salah satunya adalah memfokuskan kepada ciri sekuriti. Melalui kemaskini baharu kelak, peranti Android akan dapat mengenal-pasti telefon sekiranya diragut perompak, dan seterusnya mengunci akses kepada peranti berkenaan.

image is not available

Langkah ini dijayakan dengan kaedah mengenal-pasti gerakan mengejut peranti, yang membawa kepada seumpama peranti diragut orang lain. Sebaik sahaja sistem mengenal-pasti perkara berkenaan, secara automatik akan mengunci peranti dan mengelak daripada ia diakses sesiapa.

image is not available

Google menyatakan ciri ini akan hadir kepada semua pengguna Android 10 dan terkini kelak pada tahun ini, melalui kemaskini pada Google Play Services.