Android 15 Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
4 Sep 2024 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android 15 akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas ia diumumkan pada Mei dengan ujian beta kemudiannya dilakukan. Kod Android 15 kini telah memasuki pangkalan data Android Open Source Project (AOSP) dan boleh diakses oleh pengeluar yang ingin menggunakannya. Google mengesahkan kemas kini Android 15 akan diberikan pada peranti Pixel dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

image is not available

Seperti yang telah kami laporan sebelum ini, hanya peranti Pixel 6 dan ke atas akan menerima Android 15. Pada peranti pengeluar lain, kemas kini akan diberikan secara berperingkat di bulan-bulan mendatang.

Antara ciri baharu pada Android 15 ialah ciri Private space yang menyimpan maklumat dan fail tertentu dengan ia tidak boleh diakses oleh sistem sehinggalah dibenarkan. Sokongan Braille dalam Talback dan menyimpan kombinasi dua aplikasi dalam mod Multi Window turut disertakan sekali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved