Bluetooth LE atau Bluetooth Low Energy adalah kaedah sambungan Bluetooth yang berkualiti seperti menambat dua aksesori serentak pada satu peranti dengan kuasa yang rendah. Ia terkenal dengan produk audio menerusi LE Audio yang mula popular pada tahun 2020 dan selepas dua tahun Bluetooth SIG memperkenalkan Auracast pula, iaitu Bluetooth LE Audio untuk perkongsian audio.

Ia berfungsi mengikut aksesori audio tertentu seperti TWS JBL Tour Pro 3 boleh mendengar audio yang sedang dimainkan pada JBL Xtreme 4. Jabra Elite 8 Active Gen 2 dan Elite 10 Gen 2 juga menyokongnya. Selain boleh berkomunikasi antara dua produk berbeza, ia juga boleh digunakan untuk berkongsi sumber audio kepada dua aksesori audio berbeza dalam satu peranti Android. Ciri ini akan diperkenalkan oleh Google dalam Android 16 untuk Pixel 8 dan Pixel 9.
Cara penggunaan adalah misalnya Nothing Ear disambungkan pada Pixel 9 Pro XL dan muzik sedang dimainkan pada Apple Music, pengguna kemudian boleh tambat pula Nothing Ear (a) untuk diberikan kepada pengguna lain mendengar muzik yang sama tanpa mereka sambungkan pada peranti sendiri. Ciri ini dilihat terbina dalam Android 16 dan pengeluar peranti lain harus mengaktifkannya sendiri jika ingin menawarkan kepada pengguna masing-masing.



