Android 17 Kini Menyokong Codec LHDC Secara Natif

TechnologyDigital
23 Jun 2026 • 10:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita baik bagi mereka yang mempunyai aksesori audio yang menyokong codec LHDC 5.0 kerana Google kini menyokongnya secara natif menerusi Android 17. Sokongan diberikan secara senyap menerusi kemas kini Android 17 yang diberikan minggu lalu dan disedari oleh pengguna Reddit QuantumCatalyzt

Image from: Android 17 Kini Menyokong Codec LHDC Secara Natif

LHDC ialah codec audio resolusi tinggi alternatif yang dibangunkan oleh Savitech kepada codec LDAC yang dibangunkan Sony. Perbezaannya ialah LDAC memberikan kepentingan kepada kualiti audio tertinggi dengan kadar bit 990 kbps tetapi mempunyai masa pendam yang membuatkannya tidak sesuai untuk permainan video. LHDC mempunyai kadar bit maksimum 900 kbps tetapi mementingkan masa pendam rendah menjadikannya serasi untuk permainan video.

Sebelum Android 17, aksesori audio yang menyokong LHDC hanya boleh menggunakan codec SBC atau AAC (dengan kadar bit lebih rendah) pada peranti yang tidak menyokongnya. Antara pengeluar peranti dan aksesori yang menyokong LHDC ialah Oppo, OnPlus, Edifier, Realme, Vivo, Nothing dan Xiaomi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved