HarmonyOS 7 Diumumkan Dengan Kemampuan Ejen AI

TechnologyDigital
15 Jun 2026 • 9:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HarmonyOS 7 Diumumkan Dengan Kemampuan Ejen AI

HarmonyOS 7 diumumkan di Huawei Developer Conference hujung lalu dengan ia mengikuti trend OS semasa menawarkan kemampuan ejen AI beroperasi terus pada peranti. Kemampuan kecerdasan buatan (AI) HarmonyOS 6.1 ditambah baik dengan pembantu maya Celia kini mengintegrasikan lebih banyak aplikasi secara natif yang boleh dikawal olehnya.

Image from: HarmonyOS 7 Diumumkan Dengan Kemampuan Ejen AI

Ini menyamai kemampuan Gemini dan Siri yang kedua-duanya kini menggunakan AI untuk melakukan tugasan dengan lebih bijak serta memahami konteks. Huawei turut mengatakan HarmonyOS 7 juga adalah 15% lebih lancar berbanding versi sebelum ini.

Image from: HarmonyOS 7 Diumumkan Dengan Kemampuan Ejen AI

Antara ciri yang diperlihatkan ialah Spatial Lock Screen yang menjadikan skrin kunci yang lazimnya hanya 2D kini menjadi 3D. Apabila peranti dipegang, latar belakang nampak bergerak seperti dalam ruang 3D.

Image from: HarmonyOS 7 Diumumkan Dengan Kemampuan Ejen AI

Selain itu antaramuka HarmonyOS 7 juga mengambil inspirasi daripada Liquid Glass iOS 26. Pada talam tetapan panta misalnya terdapat banyak persamaan lengkap dengan ikon yang lutsinar. HarmonyOS 7 Beta sudah boleh diuji oleh pembangunan di China. Yang menjadi persoalan ialah berapa banyak elemen HarmonyOS 7 akan tiba ke EMUI kelak kerana ini ialah sistem operasi Huawei di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved