Google hari ini telah mengedarkan Android 15 Beta 2 untuk peranti Pixel. Antara ciri baharu adalah Android boleh mengenalpasti peranti jika dirompak, ada ciri Private Space untuk menyembunyikan aplikasi dan turut mempunyai integrasi AI untuk melindungi peranti pengguna daripada aplikasi bahaya. Selain Google Pixel, beberapa pengeluar peranti Android lain turut menawarkan akses awal kepada Android 15. Berikut adalah senarai lengkap;

- Xiaomi 14
- Xiaomi 13T Pro
- Xiaomi Pad 6S Pro 12.4

- vivo X100
- iQOO 12

- Oppo Find X7
- TECNO CAMON 30 Pro 5G

- AQUOS sense8
- HONOR Magic6 Pro
- HONOR Magic V2

- realme 12 Pro+ 5G

- OnePlus 12
- OnePlus Open

- Nothing Phone (2a)
- Lenovo Tab Extreme

Perlu diingatkan jika anda memiliki mana-mana peranti di atas, mengemaskini ke Android 15 versi beta ini akan memadam semua data anda kerana ia akan format peranti untuk mula semula dari awal. Sesetengah pengeluar akan menguji dengan versi Android stok tanpa sebarang tema atau pelancar mereka tersendiri.
Anda boleh klik pada setiap jenama untuk ke laman web tutorial bagaimana memasang Android 15 beta ini pada peranti yang layak.
